Disebabkan oleh itu ia merupakan satu pencetus makanan esoktik baru yang berkhasiat tinggi serta mendapat galakan daripada kerajaan dan juga mendapat permintaan tinggi daripada pemborong, pengedar, peruncit dan pengguna. Malah ia juga boleh dijadikan ubat untuk mengubati penyakit lelah dan juga penyakit yang berkaitan dengan pernafasan atau kesejukan.
Cara penternakannya juga adalah amat mudah dan murah berbanding dengan ayam pendaging, secara difinisinya kos tetap dan operasinya adalah lebih murah daripada kos tetap dan operasi ayam pendaging. Selain itu puyuh pendaging mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan sebarang penyakit dan memungkinkan kadar kematian yang amat rendah berbanding dengan ternakan yang lain.
Penternakan puyuh juga merupakan penternakan yang mendatangkan pulangan modal yang lebih cepat daripada unggas yang lain. Puyuh secara lazimnya boleh disembelih semasa umurnya 42 hari tapi mengikut daripada kajian Jabatan Haiwan dan juga Jabatan Institut Ternakan Ayam, puyuh juga boleh disembelih seawal umur 35~37 hari berbanding dengan ternakan unggas yang lain.
Pada hujung tahun 2001, kami telah meninjau peluang-peluang perniagaan yang berorientasikan penternakan dan pertanian. Dengan tekad keazaman dan minat yang tinggi terhadap penternakan maka kami telah membangunkan syarikat yang berlandaskan kepada pembangunan perternakan puyuh pendaging secara komersial.
Kami mula melakukan beberapa kajian penyelidikan dan mengumpulkan maklumat pasaran yang sedia ada, secara obsesinya kami melihat pasaran burung puyuh masih lagi di tahap minima pengeluarannya di dalam sektor ekonomi perternakan di Malaysia. Sehubungan itu kami mula mencari pelbagai maklumat secara terperinci mengenai cara-cara pembiakan burung puyuh dari umur perindukan sehingga umur pembesaran, penggunaan teknologi sangkar bertutup, teknologi pembenihan anak puyuh, teknologi pemprosesan dan penggredan, serta teknologi pembungkusan dan penyimpanan sejuk beku selain melakukan tinjauan mengenai harga pasaran dan strategi pemasaran komersial. Kami juga berbincang dengan beberapa pegawai dari Jabatan Haiwan, FAMA, dan MARDI mengenai prospek pasaran dan teknologi yang bakal digunakan secara menyeluruh. Sekaligus, memulakan operasi penyelidikan penternakan khusus secara teori dengan menyertai kursus perternakan burung puyuh secara komersial yang di anjurkan oleh Institut Kemajuan Ternakan Ayam Johor pada Mac 2003.
|